13 Hari 11 Malam
Umrah Royal Premium
RM 9,990
Malaysian Airlines
Hotel Safwah Royal / Setaraf (5 Malam) - 30 Meter Dengan Masjid Al Haram
Hotel Grand Plaza / Setaraf (5 Malam) - 50 Meter dengan Masjid Nabawi
Pakej Umrah Royal Premium oleh Berkat Tuah Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pengalaman ibadah yang lengkap dan selesa pada harga mampu milik untuk seisi keluarga. Pakej ini menggunakan penerbangan terus ke Madinah melalui Malaysia Airlines, memudahkan perjalanan tanpa transit yang meletihkan. Para jemaah akan menghabiskan masa selama 13 hari 11 malam, iaitu 6 hari 5 malam di Makkah, 6 hari 5 malam di Madinah dan 1 hari 1 malam di Thaif. Di Makkah, penginapan disediakan di Hotel Safwah Royal atau hotel setaraf yang berhampiran dengan Masjidil Haram. Manakala di Madinah, para jemaah akan menginap di Hotel Grand Plaza, Odest atau yang setaraf, yang hanya 150 meter dari Masjid Nabawi. Hidangan di Makkah adalah termasuk sarapan dan makan malam, manakala di Madinah dan Thaif disediakan secara fullboard sebanyak tiga kali sehari. Tambahan kemudahan seperti Haramain High-Speed Railway juga ditawarkan sebagai add-on bergantung kepada harga semasa.
Hari Pertama (Malaysia KLIA Terminal 1 – Jeddah – Thaif)
Berkumpul di KLIA 1, 4 jam sebelum waktu berlepas di Aras 5, Kaunter K. Penerbangan akan bertolak dengan pesawat Air Arabia ke Jeddah. Transit sekejap di Sharjah. Jemaah tiba di Lapangan terbang Jeddah. Jemaah akan disambut oleh wakil kami yang menunggu di lapangan terbang. Setelah urusan formaliti di lapangan terbang selesai, Jemaah bertolak ke Thaif dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa 3 jam 40 minit. Setelah tiba di Thaif, Jemaah akan terus mendaftar masuk ke hotel dan berehat seketika. (Jemaah boleh melakukan acara sendiri tertakluk kepada keadaan semasa).
Hari Kedua (Thaif – Makkah)
Setelah sarapan pagi, Berkumpul di lobi hotel pada pukul 7.30 pagi, Seterusnya Jemaah akan di bawa menziarahi sekitar kota thaif. Taman bunga ros, Masjid Ibnu Abbas, Masjid Ku, Masjid Addas dan akhirnya berniat umrah di Masjid Thaif (Miqat Qarnul Manazil untuk Umrah pertama). Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan menyempurnakan ibadah umrah yang pertama. (Umrah bersama Pembimbing)
Hari Ketiga (Makkah)
Acara bebas. Post mortem umrah. Jemaah boleh melakukan ibadah dengan sendiri. Perbanyakkan ibadat di masjid
Hari Keempat (Makkah)
Setelah sarapan pagi, Berkumpul di lobi hotel pukul 7.00 pagi, Jemaah akan di bawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Masjid Ja’ranah (Miqat Umrah ke-2) dan Jabal Nur. (Tempat lawatan tertakluk kepada pindaan semasa). (Umrah bersama Pembimbing)
Hari Kelima (Makkah)
Acara bebas. Post mortem umrah. Jemaah boleh melakukan ibadah dengan sendiri. Perbanyakkan ibadat di masjid
Hari Keenam (Makkah)
Setelah sarapan pagi, Berkumpul di lobi hotel pukul 7.00 pagi, Jemaah akan di bawa melawat ke Muzium Haramain (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi), ladang unta dan Masjid Hudaibiyah (Miqat Umrah ke-3) (Tempat lawatan tertakluk kepada pindaan semasa). (Umrah bersama Pembimbing)
Hari Ketujuh (Makkah – Madinah)
Jemaah akan melaksanakan Tawaf Wada’ dan solat Subuh. Jemaah berkumpul di lobi hotel pada pukul 8.00 pagi. Seterusnya, akan berangkat ke Madinah. Dalam perjalanan jemaah akan dibawa menziarahi Badr. Setibanya di Madinah, jemaah akan di bawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan menziarahi Rasulullah (selamat datang)
Hari Kelapan (Madinah)
Setelah sarapan pagi, Berkumpul di lobi hotel pada pukul 8.00 pagi. Jemaah akan di bawa menziarahi (bahagian dalaman) di sekitar kawasan Masjid Nabawi untuk program jalan-jalan subur iman (Saqifah Bani Sa’adah, Masjid Al-Ghamammah, Masjid Ali, Masjid Abu Bakar dan Perkuburan Baqi’)
Hari Kesembilan (Madinah)
Acara bebas. Post mortem umrah. Jemaah boleh melakukan ibadah dengan sendiri. Perbanyakkan ibadat di masjid
Hari Kesepuluh (Madinah)
Setelah sarapan pagi, Berkumpul di lobi hotel pada pukul 7.30 pagi, Seterusnya Jemaah akan di bawa (ziarah luar) kawasan di sekitar Madinah seperti Masjid Quba’, Ladang Kurma, Jabal Uhud, Masjid Tujuh (Medan Peperangan Khandak) dan Masjid Qiblatain (Tempat lawatan tertakluk kepada pindaan semasa)
Hari Kesebelas (Madinah)
Acara bebas. Post mortem umrah. Jemaah boleh melakukan ibadah dengan sendiri. Perbanyakkan ibadat di masjid
Hari Keduabelas (Madinah)
Acara bebas dan jemaah akan melaksanakan Ziarah Wada’. Seterusnya, Jemaah akan bertolak ke Airport Madinah sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit.
Hari Ketigabelas (Malaysia – KLIA Terminal 1)
Pesawat tiba di Malaysia KLIA Terminal 1. Jemaah Malaysia di Jemput oleh keluarga masing-masing.
Bilik Berempat | Bilik Bertiga | Bilik Berdua |
---|---|---|
RM 9,990 | RM 10,990 | RM 12,590 |
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN:
1. RM 500 – semasa pendaftaran.
2. RM 5000 – 60 hari selepas tarikh berdaftar.
3. Bayaran akhir – 90 hari sebelum tarikh berlepas.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
SYARAT AM
1. Bagasi berukuran 20” & 24” ( akan diberi oleh syarikat ).
2. Buku panduan Umrah ( akan diberi oleh syarikat ).
3. Botol spray wudhuk ( akan diberi oleh syarikat ).
4. Gunting kecil ( tahalul selepas mengerjakan Umrah – MASUKKAN KE DALAM BAGASI), pengetip kuku.
5. Cermin mata hitam ( untuk yang tidak tahan terik matahari dan tidak bersaiz besar )
6. Berus gigi dan ubat gigi.
7. Tuala mandi ( untuk yang lebih suka tuala sendiri )
8. Bawa ubat – ubatan atau suplement secukupnya atau lebih. ( pada yang mempunyai alergi dan alahan)
9. Charger handphone
10. International Travel Adaptor
11. Krim muka, losyen pelembab, pelembap bibir dan krim tumit.
12. Baju dan seluar dalam
13. Sikat rambut dan penyangkut baju
14. Uncang Kasut ( akan diberi oleh syarikat )
15. Sejadah mini / ridak / alas untuk solat jika perlu
16. Wang dalam bentuk Saudi Riyal (disarankan untuk jemaah menukar terus di Malaysia)
17. Minyak angin/minyak gamat ( SIMPAN DALAM BAGASI )
18. Mangga (padlock) untuk bagasi (jika perlu)
19. Baju sejuk (jika perlu dan pada musimnya)
20. Jemaah yang ingin mendaki Jabal Nuur sila bawa barang yang diperlukan seperti kasut mendaki, tongkat dan botol air.
1) KELEWATAN PESAWAT
Sekiranya ini berlaku, kelewatan pesawat berlepas atau tiba adalah diluar bidang kuasa pihak agensi umrah kerana ia adalah dibawah bidang kuasa syarikat penerbangan.
2) MASALAH TEMPAT DUDUK DALAM PESAWAT (BOARDING PASS)
Pihak syarikat akan berusaha mendapatkan tempat duduk di dalam pesawat secara berkumpulan atau berhampiran dengan keluarga tetapi tertakluk pada ketetapan oleh pihak syarikat penerbangan. Sila duduk mengikut tempat duduk yang telah dicetak di atas “boarding pass”.
3) MASALAH DI KAUNTER IMIGRESEN SAUDI.
Lelaki & wanita mungkin akan beratur di laluan yang berbeza. Urusan imigresen mungkin akan mengambil masa yang lama. Anda perlu bersedia & bersabar kerana ini adalah urusan pihak imigresen Kerajaan Arab Saudi.
4) PENGURUSAN DI LAPANGAN TERBANG ARAB SAUDI.
Jemaah disarankan untuk mengambil dan membawa bagasi masing-masing . Bergerak didalam kumpulan semasa dibawa menuju ke bas. Supaya anda tidak tersilap menaiki bas. Jemaah dinasihatkan /disarankan untuk bersolat di satu tempat yang akan diberitahu kelak.
5) KELENGKAPAN DALAM HOTEL (PAKEJ STANDARD) & “HOUSEKEEPING”
Kelengkapan dalam bilik hotel terhad kepada keperluan asas sahaja seperti penghawa dingin, katil dan sebagainya. Pihak hotel tidak menyediakan cerek elektrik, penyangkut baju dan lain-lain Anda perlu memanggil petugas hotel sekiranya ingin bilik dibersihkan. Petugas tidak akan masuk tanpa dipanggil. Sila berada didalam bilik semasa pembersihan dilakukan.
6) ATURCARA PERJALANAN
Aturcara perjalanan serta ziarah tertakluk kepada pindaan.Sebarang perubahan akan dimaklum di sana. Jemaah hendaklah menepati waktu ketika ziarah,keberangkatan atau program-program yang dijalankan oleh pihak syarikat.
7) BARANG MUATAN AIRLINES (Tidak termasuk Air Zam-zam)
Barang muatan yang dibenarkan adalah berbeza mengikut Airlines yang digunakan Caj bagi barang muatan yang melebihi had adalah tanggungjawab jemaah sendiri. Pihak syarikat akan memberi air Zam-Zam sebanyak 5 Liter mengikut arahan daripada Kerajaan Arab Saudi.
8) KADAR PERTUKARAN WANG ASING
Kadar tukaran Ringgit tidak menentu sekarang ini. Jika semakin rendah maka ada kemungkinan kos umrah akan menjadi lebih mahal dan tidak mustahil Harga Pakej -*-Umrah akan dinaikkan disebabkan kadar nilaian Ringgit Malaysia yang semakin rendah.
Agensi umrah & pelancongan Islamik patuh syariah, berdaftar dengan MOTAC. Kami komited menyantuni jemaah ke Tanah Suci dan destinasi ziarah terpilih sejak 2022.