Umrah Mahabbah – Emirates

Tempoh Perjalanan

25 Hari 23 Malam

Jenis Pakej

Umrah Mahabbah

Harga Bermula

RM 10,590

Syarikat Penerbangan

Emirates

Hotel Makkah

Hotel Snood Ajyad / Setaraf (11 Malam) - 350 Meter Dengan Masjid Al Haram

Hotel Madinah

Hotel Zowar/ODEST/Setaraf (11 Malam) - 150 Meter dengan Masjid Nabawi

Pengenalan

Pakej Umrah Mahabbah oleh Berkat Tuah Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pengalaman ibadah yang lengkap dan selesa pada harga mampu milik untuk seisi keluarga. Pakej ini menggunakan penerbangan terus ke Madinah melalui Emirates, memudahkan perjalanan tanpa transit yang meletihkan. Para jemaah akan menghabiskan masa selama 25 hari 23 malam, iaitu 12 hari 11 malam di Makkah, 12 hari 11 malam di Madinah dan 1 hari 1 malam di Thaif. Di Makkah, penginapan disediakan di Hotel Snood Ajyad atau hotel setaraf yang berhampiran dengan  Masjidil Haram. Manakala di Madinah, para jemaah akan menginap di Hotel Zowar / Odest atau yang setaraf, yang hanya 150 meter dari Masjid Nabawi. Hidangan di Makkah adalah termasuk sarapan dan makan malam, manakala di Madinah dan Thaif disediakan secara fullboard sebanyak tiga kali sehari. Tambahan kemudahan seperti Haramain High-Speed Railway juga ditawarkan sebagai add-on bergantung kepada harga semasa.

Jadual Perjalanan
Harga Pakej
Bilik BerempatBilik BertigaBilik Berdua
RM 10,590 5RM 11,190RM 13,590
Terma & Syarat

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN:

1. RM 500 – semasa pendaftaran.
2. RM 5000 – 60 hari selepas tarikh berdaftar.
3. Bayaran akhir – 90 hari sebelum tarikh berlepas.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  • Passport masih sah laku lebih dari 6 Bulan daripada tarikh penerbangan.
  • 2 Keping gambar latar belakang putih (4 x 6 cm)
  • Buku Suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW135. (Tidak perlu di serahkan kepada pihak Berkat Tuah dan perlu bawa semasa keberangkatan di KLIA)
  • Dokumen mahram (jika perlu)

SYARAT AM

  • Tarikh penerbangan, pesawat, hotel, aturcara perjalanan & tempat lawatan tertakluk kepada pindaan semasa.
  • Semua harga yang dipaparkan bergantung kepada perubahan harga tiket penerbangan, hotel, bas, visa dan cukai vat baru (15%) saudi.
  • Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Cadangan Barang Keperluan
MUSLIMIN
  • Baju Melayu dan seluar / kain pelekat.
  • Jubah lelaki beserta seluar panjang
    (sekiranya suka memakai jubah)
  • Selipar / kasut biasa untuk urusan harian ke
    Masjid atau ibadah lain.
  • Kain Ihram beserta tali pinggang.
  • Pakaian harian seperti T-Shirt dan seluar panjang.
  • Kopiah.
  • Tshirt poket berzip.
MUSLIMAT
  • Baju kurung atau jubah labuh ( 3-4 pasang) ( pastikan tidak jarang )
  • Telekung (2-3 pasang)
  • Seluar panjang untuk dipakai bersama jubah.
    Stokin (yang tebal/tidak jarang)
  • Sarung tangan/lengan (handsock)
  • Selipar/kasut biasa untuk urusan harian ke masjid atau ibadah lain dan kasut tawaf
  • Tudung labuh dan anak tudung.
LAIN – LAIN

1. Bagasi berukuran 20” & 24” ( akan diberi oleh syarikat ).
2. Buku panduan Umrah ( akan diberi oleh syarikat ).
3. Botol spray wudhuk ( akan diberi oleh syarikat ).
4. Gunting kecil ( tahalul selepas mengerjakan Umrah – MASUKKAN KE DALAM BAGASI), pengetip kuku.
5. Cermin mata hitam ( untuk yang tidak tahan terik matahari dan tidak bersaiz besar )
6. Berus gigi dan ubat gigi.
7. Tuala mandi ( untuk yang lebih suka tuala sendiri )
8. Bawa ubat – ubatan atau suplement secukupnya atau lebih. ( pada yang mempunyai alergi dan alahan)
9. Charger handphone
10. International Travel Adaptor
11. Krim muka, losyen pelembab, pelembap bibir dan krim tumit.
12. Baju dan seluar dalam
13. Sikat rambut dan penyangkut baju
14. Uncang Kasut ( akan diberi oleh syarikat )
15. Sejadah mini / ridak / alas untuk solat jika perlu
16. Wang dalam bentuk Saudi Riyal (disarankan untuk jemaah menukar terus di Malaysia)
17. Minyak angin/minyak gamat ( SIMPAN DALAM BAGASI )
18. Mangga (padlock) untuk bagasi (jika perlu)
19. Baju sejuk (jika perlu dan pada musimnya)
20. Jemaah yang ingin mendaki Jabal Nuur sila bawa barang yang diperlukan seperti kasut mendaki, tongkat dan botol air.

** BAGASI TIDAK DIBENARKAN DIBUNGKUS/DIIKAT DENGAN SEBARANG KAIN/TALI - DAPATKAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUS PLASTIK YANG DISEDIAKAN DI AIRPORT.
Apa yang saya perlu tahu

1) KELEWATAN PESAWAT

Sekiranya ini berlaku, kelewatan pesawat berlepas atau tiba adalah diluar bidang kuasa pihak agensi umrah kerana ia adalah dibawah bidang kuasa syarikat penerbangan.

2) MASALAH TEMPAT DUDUK DALAM PESAWAT (BOARDING PASS)

Pihak syarikat akan berusaha mendapatkan tempat duduk di dalam pesawat secara berkumpulan atau berhampiran dengan keluarga tetapi tertakluk pada ketetapan oleh pihak syarikat penerbangan. Sila duduk mengikut tempat duduk yang telah dicetak di atas “boarding pass”.

 3) MASALAH DI KAUNTER IMIGRESEN SAUDI.

Lelaki & wanita mungkin akan beratur di laluan yang berbeza. Urusan imigresen mungkin akan mengambil masa yang lama. Anda perlu bersedia & bersabar kerana ini adalah urusan pihak imigresen Kerajaan Arab Saudi.

4) PENGURUSAN DI LAPANGAN TERBANG ARAB SAUDI.

Jemaah disarankan untuk mengambil dan membawa bagasi masing-masing . Bergerak didalam kumpulan semasa dibawa menuju ke bas. Supaya anda tidak tersilap menaiki bas. Jemaah dinasihatkan /disarankan untuk bersolat di satu tempat yang akan diberitahu kelak.

5) KELENGKAPAN DALAM HOTEL (PAKEJ STANDARD) & “HOUSEKEEPING”

Kelengkapan dalam bilik hotel terhad kepada keperluan asas sahaja seperti penghawa dingin, katil dan sebagainya. Pihak hotel tidak menyediakan cerek elektrik, penyangkut baju dan lain-lain Anda perlu memanggil petugas hotel sekiranya ingin bilik dibersihkan. Petugas tidak akan masuk tanpa dipanggil. Sila berada didalam bilik semasa pembersihan dilakukan.

6) ATURCARA PERJALANAN

Aturcara perjalanan serta ziarah tertakluk kepada pindaan.Sebarang perubahan akan dimaklum di sana. Jemaah hendaklah menepati waktu ketika ziarah,keberangkatan atau program-program yang dijalankan oleh pihak syarikat.

7) BARANG MUATAN AIRLINES (Tidak termasuk Air Zam-zam)

Barang muatan yang dibenarkan adalah berbeza mengikut Airlines yang digunakan Caj bagi barang muatan yang melebihi had adalah tanggungjawab jemaah sendiri. Pihak syarikat akan memberi air Zam-Zam sebanyak 5 Liter mengikut arahan daripada Kerajaan Arab Saudi.

8) KADAR PERTUKARAN WANG ASING

Kadar tukaran Ringgit tidak menentu sekarang ini. Jika semakin rendah maka ada kemungkinan kos umrah akan menjadi lebih mahal dan tidak mustahil Harga Pakej -*-Umrah akan dinaikkan disebabkan kadar nilaian Ringgit Malaysia yang semakin rendah.

Tempah Sekarang
Isikan borang di bawah dan staf kami akan menghubungi anda dengan segera. Terima Kasih