Umrah Ekonomi – Malaysia Airlines

Tempoh Perjalanan

9 Hari 7 Malam

Jenis Pakej

Umrah Ekonomi

Harga Bermula

RM 6,590

Syarikat Penerbangan

Malaysian Airlines

Hotel Makkah

Hotel Durrat / Setaraf (4 Malam) - 700 Meter Dengan Masjid Al Haram

Hotel Madinah

Hotel Zowar/ODEST/Setaraf (3 Malam) - 150 Meter dengan Masjid Nabawi

Pengenalan

Pakej Umrah Ekonomi oleh Berkat Tuah Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pengalaman ibadah yang lengkap dan selesa pada harga mampu milik untuk seisi keluarga. Pakej ini menggunakan penerbangan Malaysia Airlines dan berlangsung selama 9 hari 7 malam, iaitu 5 hari 4 malam di Makkah dan 4 hari 3 malam di Madinah. Di Makkah, jemaah menginap di Hotel Durrat atau yang setaraf kira-kira 100 meter dari Masjidil Haram tanpa makan (namun boleh ditambah), manakala di Madinah, jemaah akan menginap di Hotel Zowar, Odest atau setaraf, hanya 150 meter dari Masjid Nabawi dengan hidangan fullboard tiga kali sehari. Tambahan RM600 dikenakan bagi musim cuti sekolah. Kemudahan Haramain High-Speed Railway juga ditawarkan sebagai add-on bergantung kepada harga semasa.

Jadual Perjalanan

Hari Pertama (Malaysia KLIA Terminal 1 – Madinah)

Berkumpul di KLIA 1, 4 jam sebelum waktu berlepas di Aras 5, Kaunter K. Penerbangan akan bertolak dengan pesawat Emirates ke Madinah. Transit sekejap di Dubai. Jemaah tiba di Lapangan terbang Madinah. Jemaah akan disambut oleh wakil kami yang menunggu di lapangan terbang. Setelah urusan formaliti di lapangan terbang selesai, Jemaah bertolak ke Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa 30minit Setelah tiba di Madinah, Jemaah akan terus mendaftar masuk ke hotel dan berehat seketika. Jemaah akan di bawa ke masjid dan menziarahi Rasulullah (selamat datang)

Hari Kedua (Madinah)

Setelah sarapan pagi, Berkumpul di lobi hotel pada pukul 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa menziarahi (bahagian dalaman) di sekitar kawasan Masjid Nabawi untuk program jalan-jalan subur iman (Saqifah Bani Sa’adah, Masjid Al-Ghamammah, Masjid Ali, Masjid Abu Bakar dan Perkuburan Baqi’).

Hari Ketiga (Madinah)

Setelah sarapan pagi, Berkumpul di lobi hotel pukul 7.00 pagi. Seterusnya Jemaah akan dibawa (ziarah luar) kawasan di sekitar Madinah seperti Masjid Quba’, Ladang Kurma, Jabal Uhud, Masjid Tujuh (Medan Peperangan Khandak) dan Masjid Qiblatain (Tempat lawatan tertakluk kepada pindaan semasa).

Hari Keempat (Madinah – Makkah)

Jemaah akan melaksanakan Ziarah Wada’ dan solat zohor. Selepas solat zohor, Jemaah berkumpul dilobi hotel pada pukul 2.30 petang. Seterusnya, akan berangkat ke Makkah dengan berihram dan bermiqat di bir ali. Perjalanan mengambil masa 6 jam Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan menyempurnakan ibadah umrah yang pertama. (Umrah bersama Pembimbing)

Hari Kelima (Makkah)

Setelah sarapan pagi, Berkumpul dilobi hotel pukul 7.00 pagi, Jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Masjid Ja’ranah (Miqat Umrah ke-2) dan Jabal Nur. (Tempat lawatan tertakluk kepada pindaan semasa). (Umrah bersama Pembimbing)

Hari Keenam (Makkah)

Setelah sarapan pagi, Berkumpul dilobi hotel pukul 7.00 pagi. Jemaah akan di bawa melawat ke Muzium Haramain (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi) dan Masjid Hudaibiyah(Miqat Umrah ke-3) (Tempat lawatan tertakluk kepada pindaan semasa). (Umrah bersama Pembimbing)

Hari Ketujuh (Makkah)

Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah dengan sendiri Perbanyakan ibadat di masjid

Hari Kelapan (Makkah)

Acara bebas dan jemaah akan melaksanakan Tawaf Wada’. Seterusnya, Jemaah akan bertolak ke Airport Jeddah sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam.

Hari Kesembilan (Malaysia KLIA Terminal 1)

Pesawat tiba di Malaysia KLIA Terminal 1. Jemaah Malaysia di Jemput oleh keluarga masing masing.

Harga Pakej
Bilik BerempatBilik BertigaBilik Berdua
RM 6,590 RM 7,090RM 7,590
Terma & Syarat

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN:

1. RM 500 – semasa pendaftaran.
2. RM 5000 – 60 hari selepas tarikh berdaftar.
3. Bayaran akhir – 90 hari sebelum tarikh berlepas.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  • Passport masih sah laku lebih dari 6 Bulan daripada tarikh penerbangan.
  • 2 Keping gambar latar belakang putih (4 x 6 cm)
  • Buku Suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW135. (Tidak perlu di serahkan kepada pihak Berkat Tuah dan perlu bawa semasa keberangkatan di KLIA)
  • Dokumen mahram (jika perlu)

SYARAT AM

  • Tarikh penerbangan, pesawat, hotel, aturcara perjalanan & tempat lawatan tertakluk kepada pindaan semasa.
  • Semua harga yang dipaparkan bergantung kepada perubahan harga tiket penerbangan, hotel, bas, visa dan cukai vat baru (15%) saudi.
  • Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Cadangan Barang Keperluan
MUSLIMIN
  • Baju Melayu dan seluar / kain pelekat.
  • Jubah lelaki beserta seluar panjang
    (sekiranya suka memakai jubah)
  • Selipar / kasut biasa untuk urusan harian ke
    Masjid atau ibadah lain.
  • Kain Ihram beserta tali pinggang.
  • Pakaian harian seperti T-Shirt dan seluar panjang.
  • Kopiah.
  • Tshirt poket berzip.
MUSLIMAT
  • Baju kurung atau jubah labuh ( 3-4 pasang) ( pastikan tidak jarang )
  • Telekung (2-3 pasang)
  • Seluar panjang untuk dipakai bersama jubah.
    Stokin (yang tebal/tidak jarang)
  • Sarung tangan/lengan (handsock)
  • Selipar/kasut biasa untuk urusan harian ke masjid atau ibadah lain dan kasut tawaf
  • Tudung labuh dan anak tudung.
LAIN – LAIN

1. Bagasi berukuran 20” & 24” ( akan diberi oleh syarikat ).
2. Buku panduan Umrah ( akan diberi oleh syarikat ).
3. Botol spray wudhuk ( akan diberi oleh syarikat ).
4. Gunting kecil ( tahalul selepas mengerjakan Umrah – MASUKKAN KE DALAM BAGASI), pengetip kuku.
5. Cermin mata hitam ( untuk yang tidak tahan terik matahari dan tidak bersaiz besar )
6. Berus gigi dan ubat gigi.
7. Tuala mandi ( untuk yang lebih suka tuala sendiri )
8. Bawa ubat – ubatan atau suplement secukupnya atau lebih. ( pada yang mempunyai alergi dan alahan)
9. Charger handphone
10. International Travel Adaptor
11. Krim muka, losyen pelembab, pelembap bibir dan krim tumit.
12. Baju dan seluar dalam
13. Sikat rambut dan penyangkut baju
14. Uncang Kasut ( akan diberi oleh syarikat )
15. Sejadah mini / ridak / alas untuk solat jika perlu
16. Wang dalam bentuk Saudi Riyal (disarankan untuk jemaah menukar terus di Malaysia)
17. Minyak angin/minyak gamat ( SIMPAN DALAM BAGASI )
18. Mangga (padlock) untuk bagasi (jika perlu)
19. Baju sejuk (jika perlu dan pada musimnya)
20. Jemaah yang ingin mendaki Jabal Nuur sila bawa barang yang diperlukan seperti kasut mendaki, tongkat dan botol air.

** BAGASI TIDAK DIBENARKAN DIBUNGKUS/DIIKAT DENGAN SEBARANG KAIN/TALI - DAPATKAN PERKHIDMATAN PEMBUNGKUS PLASTIK YANG DISEDIAKAN DI AIRPORT.
Apa yang saya perlu tahu

1) KELEWATAN PESAWAT

Sekiranya ini berlaku, kelewatan pesawat berlepas atau tiba adalah diluar bidang kuasa pihak agensi umrah kerana ia adalah dibawah bidang kuasa syarikat penerbangan.

2) MASALAH TEMPAT DUDUK DALAM PESAWAT (BOARDING PASS)

Pihak syarikat akan berusaha mendapatkan tempat duduk di dalam pesawat secara berkumpulan atau berhampiran dengan keluarga tetapi tertakluk pada ketetapan oleh pihak syarikat penerbangan. Sila duduk mengikut tempat duduk yang telah dicetak di atas “boarding pass”.

 3) MASALAH DI KAUNTER IMIGRESEN SAUDI.

Lelaki & wanita mungkin akan beratur di laluan yang berbeza. Urusan imigresen mungkin akan mengambil masa yang lama. Anda perlu bersedia & bersabar kerana ini adalah urusan pihak imigresen Kerajaan Arab Saudi.

4) PENGURUSAN DI LAPANGAN TERBANG ARAB SAUDI.

Jemaah disarankan untuk mengambil dan membawa bagasi masing-masing . Bergerak didalam kumpulan semasa dibawa menuju ke bas. Supaya anda tidak tersilap menaiki bas. Jemaah dinasihatkan /disarankan untuk bersolat di satu tempat yang akan diberitahu kelak.

5) KELENGKAPAN DALAM HOTEL (PAKEJ STANDARD) & “HOUSEKEEPING”

Kelengkapan dalam bilik hotel terhad kepada keperluan asas sahaja seperti penghawa dingin, katil dan sebagainya. Pihak hotel tidak menyediakan cerek elektrik, penyangkut baju dan lain-lain Anda perlu memanggil petugas hotel sekiranya ingin bilik dibersihkan. Petugas tidak akan masuk tanpa dipanggil. Sila berada didalam bilik semasa pembersihan dilakukan.

6) ATURCARA PERJALANAN

Aturcara perjalanan serta ziarah tertakluk kepada pindaan.Sebarang perubahan akan dimaklum di sana. Jemaah hendaklah menepati waktu ketika ziarah,keberangkatan atau program-program yang dijalankan oleh pihak syarikat.

7) BARANG MUATAN AIRLINES (Tidak termasuk Air Zam-zam)

Barang muatan yang dibenarkan adalah berbeza mengikut Airlines yang digunakan Caj bagi barang muatan yang melebihi had adalah tanggungjawab jemaah sendiri. Pihak syarikat akan memberi air Zam-Zam sebanyak 5 Liter mengikut arahan daripada Kerajaan Arab Saudi.

8) KADAR PERTUKARAN WANG ASING

Kadar tukaran Ringgit tidak menentu sekarang ini. Jika semakin rendah maka ada kemungkinan kos umrah akan menjadi lebih mahal dan tidak mustahil Harga Pakej -*-Umrah akan dinaikkan disebabkan kadar nilaian Ringgit Malaysia yang semakin rendah.

Tempah Sekarang
Isikan borang di bawah dan staf kami akan menghubungi anda dengan segera. Terima Kasih