Perutusan Pengarah
Pakej Istimewa Umrah Yang Terbaik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta para sahabat dan mereka yang mengikuti jalan kebenaran sehingga ke akhir zaman.
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan, rakan niaga kami di Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei, dan seluruh warga kerja Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd yang sentiasa mendokong dan mempercayai perjuangan kami dalam industri pelancongan Islam ini.
Kami bukan sekadar mengatur perjalanan, tetapi membawa satu kembara jiwa ‘Kembara Mahabbah Meraih Mardhotillah’. Inilah roh yang menghidupkan setiap langkah kerja kami agar setiap perjalanan khususnya ibadah umrah dan ziarah bukan sahaja berjalan lancar, malah menjadi satu pengalaman yang menyentuh hati, mendidik jiwa dan menyuburkan iman.
Seiring dengan misi kami untuk merealisasikan Berkat Tuah sebagai agensi pelancongan pilihan utama yang patuh syariah, kami beriltizam penuh untuk memastikan setiap aspek perkhidmatan kami, dari awal hingga akhir, menepati kehendak agama penuh amanah, bersih daripada unsur riba, dan membawa keberkatan kepada semua yang terlibat.
Visi kami jelas:
- Menawarkan perkhidmatan yang 100% patuh syariah,
- Memberi peluang kepada keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat untuk mengembara dalam dan luar negara dengan harga yang mampu milik,
- Menyediakan perkhidmatan bertaraf 7 bintang, bukan semata pada kemewahan, tetapi juga pada kasih sayang, bimbingan dan ihsan yang kami curahkan.
Dalam setiap urusan, kami berpegang kepada nilai-nilai Kesetiaan, Integriti, Dakwah dan Profesionalisme empat tiang utama yang menjadi asas kekuatan syarikat ini. Kami percaya, rezeki yang berkat datang dari kejujuran, kesungguhan, dan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. PERUTUSAN
Akhir kata, saya menyeru kepada semua bakal tetamu Allah, pilihlah syarikat yang membawa kalian bukan hanya ke Tanah Suci, tetapi juga ke destinasi yang lebih agung iaitu redha Allah SWT.
Doakan agar kami terus tabah dalam perjuangan dakwah melalui pelancongan Islam ini, dan moga setiap langkah kita dalam kembara ini dipenuhi rahmat dan maghfirah-Nya.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


MOHD HAFIFI HAFIZ BIN RIFIN
Founder / Pengarah Urusan
Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd