Terma & Syarat
Berkat Tuah Travel & Tours Sdn. Bhd.
Syarat-Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah
- Pelanggan perlu menghubungi Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad / Triple / Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit seperti berikut:
RM1,000 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket. - Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai / perbankan atas talian / cek / draf bank di atas nama Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun PUBLIC ISLAMIC BANK: 3820 89 6008 dan CIMB BANK: 8605 92 6996. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
- Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
- Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Kedua-dua aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
- Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 30 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
- Pihak Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak Imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.
- Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.
- Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti / perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.
- Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan , kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis makluman.
- Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
- Pihak Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalanan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan, atau dia mengganggu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.
- Pihak pengurusan Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Terma dan syarat pilihan tambahan adalah sama seperti di dalam booklet pakej Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd.
- Bagi pelanggan yang mengambil pilihan tambahan, perlu membuat bayaran penuh nilai tersebut ketika berdaftar.
Pakej Termasuk
1) Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
2) Permohonan Visa Pelancong (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
- Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara
- Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
- Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
- Pihak Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
Permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
- Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd.
- Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
- Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
- Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry).
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Pihak Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
3) Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi termasuk cukai seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
4) Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi).
5) Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
6) Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi).
Pakej Tidak Termasuk
- Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.
- Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
- Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
- Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
Menarik Diri / Pembatalan
PEMBATALAN OLEH PELANGGAN
- Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
- Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
- Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.
- Pembatalan dalam tempoh 36 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dari harga pakej.
- Pembatalan dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dari harga pakej.
- Pembatalan dalam tempoh 8 – 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dari harga pakej.
- Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 100% dari harga pakej.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd.
PEMBATALAN DISEBABKAN FAKTOR LUAR KAWALAN SYARIKAT
- Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
- Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
- Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
- – Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
– Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau;
– Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga. - Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd.
PEMBATALAN OLEH SYARIKAT
- Sekiranya keadaan memerlukan Berkat Tuah Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
- Pembatalan dalam tempoh 8 – 4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM150 seorang.
- Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM225 seorang.
- Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.
Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana jemaah berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, ziarah, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh jemaah atas sebab peribadi.
Begasi
Syarikat penerbangan memperuntukkan elaun bagasi percuma bagi setiap penumpang. Berat bagasi berbeza bagi syarikat penerbangan. Sekiranya berlaku lebihan bagasi, caj lebihan adalah harus dibayar oleh jemaah.
Butiran Jemaah
Semasa penempahan pakej, semua butiran dan maklumat yang diberikan oleh jemaah kepada syarikat adalah butiran dan maklumat yang akan digunapakai oleh syarikat bagi menyempurnakan tempahan pakej jemaah. Jemaah dikehendaki menyemak semua butiran dan maklumat yang diberikan sebelum membuat bayaran deposit dan menandatangani persetujuan tempahan pakej dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua butiran dan maklumat yang diberi dianggap benar dan muktamad. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat daripada kesilapan butiran dan maklumat peribadi yang diberi jemaah.
Jemaah bertanggungjawab untuk mengisytiharkan tahap kesihatan jemaah kepada syarikat sebelum membuat tempahan. Syarikat berhak menolak tempahan jemaah sekiranya tahap kesihatan jemaah didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri jemaah atau anggota lain dalam kumpulan.
Sekiranya memerlukan bantuan disebabkan masalah kesihatan, maka jemaah diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu jemaah sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda atau ubat-ubatan jemaah. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga jemaah secara peribadi dan sekiranya perlu syarikat berhak untuk mengenakan bayaran tambahan kepada jemaah untuk mengupah pihak ketiga bagi menjaga jemaah.
Dokumen Perjalanan
Adalah menjadi tanggungjawab jemaah untuk menyediakan segala dokumen perjalanan (pasport dan dokumen perjalanan yang diiktiraf bagi tempoh sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal; perakuan vaksin dan kesihatan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa negara yang hendak dilawati) yang diperlukan oleh pihak syarikat bagi tujuan permohonan visa atau lain-lain tujuan perjalanan.
Caj perkhidmatan dan fi visa adalah ditanggung sepenuhnya oleh jemaah. Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas fi pentadbiran akan
dibayar balik.
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana jemaah tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barangan yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.
Aturcara Pakej
Walaupun syarikat berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, namun syarikat tidak memberi jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. Jemaah adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej yang dipilih.
Aturcara perjalanan pakej yang diberikan kepada jemaah adalah sekadar rujukan sahaja. Aturcara perjalanan yang sebenar mungkin tidak sama mengikut urutan seperti yang dilampirkan atas sebab perubahan cuaca, keadaan trafik semasa lawatan dan juga kerana keadaan yang di luar kawalan syarikat seperti tidak mendapat keizinan lawatan oleh pemerintah negara dilawati atau lain-lain sebab yang membuatkan jadual perjalanan mengalami perubahan. Syarikat akan memaklumkan kepada jemaah sekiranya ada apa-apa perubahan berlaku di dalam aturcara perjalanan.
Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan tempat ziarah, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, syarikat akan mengambil alternatif lain bergantung kepada keadaan tempatan.
Hak Menolak Tempahan
Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan; atau tempahan yang telah dibuat oleh jemaah; atau untuk enggan menerima; atau mengekalkan jemaah menjadi anggota pelancongan sekiranya jemaah didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu.
Syarikat juga berhak membatalkan tempahan sekiranya hotel, pengangkutan, atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana jemaah menyertai pakej itu. Jika berlaku keadaan sedemikian, pihak syarikat akan memulangkan semula kepada jemaah wang yang telah dibayar setelah ditolak jumlah perkhidmatan yang telah digunakan.
Tanggungjawab Syarikat
Syarikat dan ejen berdaftar akan bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam broshur syarikat. Syarikat akan membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Pesuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam broshur iklan.
Syarikat tidak dapat memastikan sebarang promosi yang dibuat oleh ejen secara persendirian dan tidak bertanggungjawab atas kesahihan maklumat tersebut. Syarikat berhak menolak sebarang informasi yang dibuat oleh ejen tanpa sebab.
Pembayaran
Pembayaran tidak boleh dilakukan terus kepada ejen-ejen secara tunai atau perbankan. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemohon membuat sebarang bayaran ke mana-mana akaun lain selain daripada akaun syarikat yang dinyatakan.
Sekiranya jemaah membuat bayaran menggunakan draft bank atau cek persendirian, syarikat berhak menahan penempahan pakej dan resit/invois pengesahan bayaran sehingga bayaran penuh dilaksanakan. Syarikat juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya pakej yang ditempah jemaah habis dijual berikutan kelewatan pembayaran pemohon yang dibuat melalui draft bank atau cek persendirian.
Syarikat juga berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian atau draft bank sekiranya pembayaran yang dibuat oleh jemaah adalah hampir dengan tarikh penerbangan dan memerlukan bayaran segera.
Segala pembayaran sama ada wang pendahuluan (deposit), bayaran ansuran atau baki bayaran pakej atau bayaran tambahan lain-lain hendaklah di bayar terus kepada akaun syarikat :
Bank: PUBLIC ISLAMIC BANK
Nama: BERKAT TUAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
No. Akaun: 3820 89 6008
Bank: CIMB BANK
Nama: BERKAT TUAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
No. Akaun: 8605 92 6996